Selamat bertugas di sekolah baru Teacher Rafidah

Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi kehilangan seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman. Beliau merupakan guru yang bertugas selama 24 tahun iaitu Pn. Rafidah Bt Roslan yang lebih mesra disapa dengan nama Kak Dah. Beliau diarahkan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Teluk Birah. Semoga beliau terus 'success' dalam mendidik anak bangsa.
Perpisahan Ustazah Hafidzah

Pn Hjh Hafidzah Binti Ahmad bertukar ke SK Seri Baru..
Tuai padi antara masak...Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak.... Esok jangan rindu-rinduan...
Sejarah Sekolah
Sejarah & Latarbelakang Sekolah

En. Yeop b. LebaiSalleh
PENGASAS SEKOLAH
Sekolah ini mula diasaskanpada tahun 1952 oleh En. Yeop b. LebaiSalleh dan En. Odin b. Kulup Mat Ali. Kedua-dua pengasas sekolah ini adalah anak jati Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak.Sekolah ini telah dibina pada tahun 1952 secara gotong-royong.Bangunan pertama sekolah ini bertiangkan batang nibong dan beratapkan nipah.
Pada tahun 1981, 2 buah bangunan utama telah dirasmikan oleh YB Datuk Musa Hitam (Menteri Pelajaran Malaysia).Pada tahun 1983 bangunan tambahan yang bernilai RM50,000.00 siap dibinauntuk menampung keperluan bilangan murid yang semakin bertambah.LATAR BELAKANG SEKOLAH
Dengan keluasan 7.2 hektar, SK. Sungai Jejawi mempunyai 495 orang murid bersama 36 orang guru, 3 staf sokongan, 2 pembantu pra sekolah dan 6 kakitangan swasta berada di bawah pentadbiran Tn Hj Arbain Bin Hashim selaku Guru Besar.Sekolah ini mempunyai 16 buah kelas yang semuanya bersekolah sesi pagi.
SK. Sungai Jejawi terletak 38 km dari bandar Teluk Intan dan terletak dalam Daerah Hilir Perak.Sekolah ini berada 1km bersempadan dengandaerah Perak Tengah.Kawasan yang terdekat dengan sekolah ini ialah FELCRA Seberang Perak dan FELCRA Changkat Lada .Sekolah ini terletak dalam kawasan perkampungan yang dikelilingi sawah padi dan kelapa sawit.Kehijauan persekitaran kawasan keliling sekolah mewujudkan suasana nyaman yang mampu mewujudkan situasi tenang untuk proses pembelajaran dan pengajaran harian.
Majoriti penduduk kawasan Sungai Jejawi terdiri daripada petani yang mengusahakan tanaman padi sawah dan kelapa sawit dan kerja-kerja yang berasaskan pertanian.Kebanyakkannya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Sekarang SK.Sungai Jejawi ini mempunyai 4 blok bangunan yang menampung kelas-kelas dan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Pejabat, Bilik Media, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Kaunseling dan Surau sekolah.Sekolah ini juga dilengkapi kemudahan makmal komputeryang menyediakan kemudahan SchoolNet kepada murid-murid.
